Tuesday, August 23, 2011

Selamat hari raya Aildilfitri

Syawak bakal menjelma tidak lama lagi.Hari Raya setiap tahun kami sambut secara sederhana tp ttp meriah yang penting ikatan kekeluargaan yg perlu kita pupuk agar lebih harmoni dan mesra.Tahun ini aku buat pertama kali setelah 9 tahun bekerja aku cuti awal sehari sebelum raya..heheh..itupun selepas bos aku ckp," lin, u cuti la..tolong masak"..heheh.ok la aku pun amik cuti awal sehari.Kerana aku ni jenis liat sikit bab tolong masak kerana aku risau puasa aku terbatal ekoran terbau masakan mak aku yg sememangnya membangkitkan selera aku.lagi satu,aku akan ke pusara arwah ayah selepas solat asar sebab pagi raya mmg sesak.Bercerita pasal raya..emmm..baju raya aku belum ketemu lagi.Insyallah aku bersama sahabat aku si suker purple@nooraini zubir tu akan pergi mencari hingga ada pada khamis dan jumaat ini..kerana kami jer yg ada lagi.Sahabat kami azfa dan mar telah pulang ke kampung mereka awal dari kami.Maklumlah kami ni org KL..tak balik mana pun.Seminggu selepas raya aku akan terbang ke Sg Petani Kedah kerana berkursus selama 5 hari disana.Balik dari Kedah akan ku singgah ke Ipoh untuk berhari raya bersama keluarga angkat dan kawan-kawan.Namun begitu kita hanya merancang namun Allah juga menentukan.Insyallah.
Buat semua sahabat handai,rakan taulan kaum keluarga,bagi pihak keluarga Mariam Md.Salleh,kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin dan jemputlah dtg kerumah kami.Mak Yam ckp,nk buat open house..heheh..tp tu semua bergantung pada rezeki dan kesihatan Mak Yam ekk..tunggu saja undangan dari kami nnti..Insyallah..

Gambar Raya tahun lepas..Tahun ni Abg-abg kami giliran rumah mertua..so tinggal kami jer anak beranak di klang ni..Nazhan dan Harith jerr yg ada bikin kecoh di rumah nnti.Nasib adik aku mertua di klg jer..kalau tak sunyi lerr..

2 comments:

  1. Selamat hari raya. apa kaler tema tahun ni. Harap makyam sihat boleh buat open house..boleh aku membedal jugak kalo berkesempatan :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak lin .. sama la kita .. raya kat sini je :)

    ReplyDelete