Sunday, December 18, 2011

Disember oh disember....

Sekali sekala aku ada la mood nk update blog aku ni..bulan disember ni kami sekeluarga bakal terima keluarga baru,.adik aku bakal melahirkan anak ke-3 dia secara pembedahan di HTAR..gerun je dgr kan..ia akan berlaku pada 22hb disember insyallah..aku pula 21 disember ada tournament boling..disamping kerja2 di pejabat yg tak pernah habis.huh..(bila mau cuti pun tak tau)..hehhehe.


Sempat bergambar dgn Bob "Mesra" yg menjadi artis jemputan

Barisan Urusetia

Sepanjang disember aku dan geng teknikal banyak gak terlibat dgn events jabatan ni.Enjoy jer aku rasa kerana bersama-sama teman sekerja yg jarang2 jumpa kami berkumpul dalam satu team..macam hari ni untuk Hari AIDS Sedunia pada 18hb..

Sehari sebelum tuh ptg jumaat  17hb kami di Quality Hotel lak..


With my Team..Hadi & Bahiyuddin

Begitula serba sedikit.Ada bnyk jer lg tp sikit2 jer la kat sini.bnyk aku update kat fb aku jer..heheh..tak reti aku nk berkarang ayat.ok jumpa dilain masa...



















Friday, November 11, 2011

November...December...Januari 2012....

Dah lama aku tak jengok blog aku nih..bukan sebab bz ke apa..aku lupa password..hehhehe..Ni pun setelah try kata laluan yg aku main belasah jerr..Alhamudulillah lepas...Pagi ni 12 November..hujan lebat subuh tadi..pagi ni mak ajak ke tesco,rutin harian di hujung minggu aku bersama mak n kakak aku.
Diam tak diam kita dah sampai hujung tahun dah..dan nak masuk tahun baru 2012..cpt masa berlalu dan 2011 pasti akan meninggalkan seribu satu cerita dan kenangan..2012 bakal mencoret kenangan yang kita sendiri tidak tahu apa yg telah ditakdirkan untuk kita..Aku,tetap maintain macam biasa. dan berdoa 2012 lebih baik dari 2011.Yang penting kesihatan aku dan keluarga bertambah baik untuk menjalani kehidupan yg kita sendiri tidak tahu bila penghujungnya.hanya Allah yg maha mengetahui..

Saturday, October 8, 2011

Mahu ke HotSpring....



aku dan officemate plan mau kesini..dan aku mmg ada tujuan kesihatan untuk kesini..heheheh
akan kami bawa dalam meeting geng "Untung Lerrr" kami di unit it..hahahahhah

Tuesday, August 23, 2011

Selamat hari raya Aildilfitri

Syawak bakal menjelma tidak lama lagi.Hari Raya setiap tahun kami sambut secara sederhana tp ttp meriah yang penting ikatan kekeluargaan yg perlu kita pupuk agar lebih harmoni dan mesra.Tahun ini aku buat pertama kali setelah 9 tahun bekerja aku cuti awal sehari sebelum raya..heheh..itupun selepas bos aku ckp," lin, u cuti la..tolong masak"..heheh.ok la aku pun amik cuti awal sehari.Kerana aku ni jenis liat sikit bab tolong masak kerana aku risau puasa aku terbatal ekoran terbau masakan mak aku yg sememangnya membangkitkan selera aku.lagi satu,aku akan ke pusara arwah ayah selepas solat asar sebab pagi raya mmg sesak.Bercerita pasal raya..emmm..baju raya aku belum ketemu lagi.Insyallah aku bersama sahabat aku si suker purple@nooraini zubir tu akan pergi mencari hingga ada pada khamis dan jumaat ini..kerana kami jer yg ada lagi.Sahabat kami azfa dan mar telah pulang ke kampung mereka awal dari kami.Maklumlah kami ni org KL..tak balik mana pun.Seminggu selepas raya aku akan terbang ke Sg Petani Kedah kerana berkursus selama 5 hari disana.Balik dari Kedah akan ku singgah ke Ipoh untuk berhari raya bersama keluarga angkat dan kawan-kawan.Namun begitu kita hanya merancang namun Allah juga menentukan.Insyallah.
Buat semua sahabat handai,rakan taulan kaum keluarga,bagi pihak keluarga Mariam Md.Salleh,kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin dan jemputlah dtg kerumah kami.Mak Yam ckp,nk buat open house..heheh..tp tu semua bergantung pada rezeki dan kesihatan Mak Yam ekk..tunggu saja undangan dari kami nnti..Insyallah..

Gambar Raya tahun lepas..Tahun ni Abg-abg kami giliran rumah mertua..so tinggal kami jer anak beranak di klang ni..Nazhan dan Harith jerr yg ada bikin kecoh di rumah nnti.Nasib adik aku mertua di klg jer..kalau tak sunyi lerr..

Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam ..

Bulan Ramadan datang lagi,Alhamdulillah dipanjangkan usia kita untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan ini.Bersama-sama la kita menggandakan amal ibadat untuk bekalan di sana kelak.Tahun ini aku dan keluarga akan bersama-sama berbuka,bersahur dan bertarawikh.Buat semua sekali lagi,Selamat Menjalani ibadah puasa dan beramal ibadat dengan penuh keiklasan dan ketaqwaan.Insyallah...

Tuesday, July 12, 2011

Bila perutku di scan



Alhamdulillah..hari ini aku ditemani mak tersayang untuk  scan perut nk pastikan tiada masalah dalaman..doktor bagitau tiada sebarang ketumbuhan..Syukur..cuma tinggal lagi masalah yg lagi satu perlu segera aku selesaikan..namun aku masih takut untuk mencuba kaedah rawatan untuk sakit aku yg lagi satu ni..akan aku kumpul kekuatan untuk sakit aku yg lagi satu ini..

Friday, June 10, 2011

Genap 13 tahun pemergian ayah tercinta....

Hari ini 11 Jun genap arwah ayah pergi meninggalkan kami semua..Namun segala kenangan bersama arwah masih segar diingatan kami selagi hayat dikandung badan...Al-Fatihah..Lin sayang dan rindu ayah...

Selamat Hari Jadi Mak....

Hari ni birthday Mak saya yang ke 63...happy birthday mak..Anakmu ini mendoakan kesejahteraan mak selalu...Sayang Mak....

Thursday, June 9, 2011

Terjebak akhirnya.....

Akhirnya...aku terjebak juga dalam blog memblog nih..Namun demikian akan aku manafaatkan blog ini dengan sebaik-baiknya...