Syawak bakal menjelma tidak lama lagi.Hari Raya setiap tahun kami sambut secara sederhana tp ttp meriah yang penting ikatan kekeluargaan yg perlu kita pupuk agar lebih harmoni dan mesra.Tahun ini aku buat pertama kali setelah 9 tahun bekerja aku cuti awal sehari sebelum raya..heheh..itupun selepas bos aku ckp," lin, u cuti la..tolong masak"..heheh.ok la aku pun amik cuti awal sehari.Kerana aku ni jenis liat sikit bab tolong masak kerana aku risau puasa aku terbatal ekoran terbau masakan mak aku yg sememangnya membangkitkan selera aku.lagi satu,aku akan ke pusara arwah ayah selepas solat asar sebab pagi raya mmg sesak.Bercerita pasal raya..emmm..baju raya aku belum ketemu lagi.Insyallah aku bersama sahabat aku si suker purple@nooraini zubir tu akan pergi mencari hingga ada pada khamis dan jumaat ini..kerana kami jer yg ada lagi.Sahabat kami azfa dan mar telah pulang ke kampung mereka awal dari kami.Maklumlah kami ni org KL..tak balik mana pun.Seminggu selepas raya aku akan terbang ke Sg Petani Kedah kerana berkursus selama 5 hari disana.Balik dari Kedah akan ku singgah ke Ipoh untuk berhari raya bersama keluarga angkat dan kawan-kawan.Namun begitu kita hanya merancang namun Allah juga menentukan.Insyallah.
Buat semua sahabat handai,rakan taulan kaum keluarga,bagi pihak keluarga Mariam Md.Salleh,kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin dan jemputlah dtg kerumah kami.Mak Yam ckp,nk buat open house..heheh..tp tu semua bergantung pada rezeki dan kesihatan Mak Yam ekk..tunggu saja undangan dari kami nnti..Insyallah..
Gambar Raya tahun lepas..Tahun ni Abg-abg kami giliran rumah mertua..so tinggal kami jer anak beranak di klang ni..Nazhan dan Harith jerr yg ada bikin kecoh di rumah nnti.Nasib adik aku mertua di klg jer..kalau tak sunyi lerr..
Tuesday, August 23, 2011
Saturday, July 30, 2011
Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam ..
Bulan Ramadan datang lagi,Alhamdulillah dipanjangkan usia kita untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan ini.Bersama-sama la kita menggandakan amal ibadat untuk bekalan di sana kelak.Tahun ini aku dan keluarga akan bersama-sama berbuka,bersahur dan bertarawikh.Buat semua sekali lagi,Selamat Menjalani ibadah puasa dan beramal ibadat dengan penuh keiklasan dan ketaqwaan.Insyallah...
Tuesday, July 12, 2011
Bila perutku di scan
Alhamdulillah..hari ini aku ditemani mak tersayang untuk scan perut nk pastikan tiada masalah dalaman..doktor bagitau tiada sebarang ketumbuhan..Syukur..cuma tinggal lagi masalah yg lagi satu perlu segera aku selesaikan..namun aku masih takut untuk mencuba kaedah rawatan untuk sakit aku yg lagi satu ni..akan aku kumpul kekuatan untuk sakit aku yg lagi satu ini..
Friday, June 10, 2011
Genap 13 tahun pemergian ayah tercinta....
Hari ini 11 Jun genap arwah ayah pergi meninggalkan kami semua..Namun segala kenangan bersama arwah masih segar diingatan kami selagi hayat dikandung badan...Al-Fatihah..Lin sayang dan rindu ayah...
Selamat Hari Jadi Mak....
Hari ni birthday Mak saya yang ke 63...happy birthday mak..Anakmu ini mendoakan kesejahteraan mak selalu...Sayang Mak....
Thursday, June 9, 2011
Terjebak akhirnya.....
Akhirnya...aku terjebak juga dalam blog memblog nih..Namun demikian akan aku manafaatkan blog ini dengan sebaik-baiknya...
Subscribe to:
Posts (Atom)





